Kadar inflasi UK cecah 10.1 peratus pada Julai

Kadar inflasi UK cecah 10.1 peratus pada Julai berbanding 9.4 peratus pada Jun. (Gambar hiasan) - Foto123RF
Kadar inflasi UK cecah 10.1 peratus pada Julai berbanding 9.4 peratus pada Jun. (Gambar hiasan) - Foto123RF
A
A
A

MOSCOW - Kadar inflasi tahunan United Kingdom pada Julai meningkat kepada 10.1 peratus berbanding 9.4 peratus pada Jun, mencatat rekod tertinggi sejak 1982, lapor Sputnik, memetik Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) pada Rabu.

"Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 10.1 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Julai 2022, meningkat daripada 9.4 peratus pada Jun," menurut ONS dalam satu kenyataan.

Pada Julai, harga pengguna meningkat sebanyak 0.6 peratus selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus pada Jun. - Bernama