UMNO, BN terus bersama Najib ketika susah senang: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (kiri) bersama Najib. - Gambar fail
Ahmad Zahid (kiri) bersama Najib. - Gambar fail
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan setiap akar umbi cawangan dan bahagian UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika waktu susah dan senang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, di sebalik keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi bekas Presiden UMNO itu, ia tidak menghalang ahli dan pemimpin parti untuk terus bersama Najib untuk mendapatkan keadilan dalam perbicaraan kes penyelewengan dana melibatkan pemimpin tersebut.

“Memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang. Malah terdapat ungkapan bahawa there are three types of truth (terdapat tiga jenis kebenaran). Your truth, my truth and the truth (Kebenaran anda, kebenaran saya dan kebenaran). Truth Is God's Word (Kebenaran adalah kata-kata Tuhan).

“Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama Najib Tun Razak. Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita.