Musk hanya bergurau mahu beli Manchester United

Musk membuat ciapan di Twitternya hanya sekadar bergurau mengenai hasratnya untuk membeli kelab EPL, Manchester United. - Foto Agensi
Musk membuat ciapan di Twitternya hanya sekadar bergurau mengenai hasratnya untuk membeli kelab EPL, Manchester United. - Foto Agensi
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk hanya berjenaka apabila menyatakan mahu membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

"Tidak, ini adalah satu jenaka di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan," ciap Musk di Twitter apabila ditanya seorang pengguna jika beliau serius mahu membeli kelab itu.

Terdahulu, manusia terkaya di dunia tersebut membuat pengumuman mengejutkan itu di Twitternya ketika The Red Devils masih bergelut memburu kemenangan pertama EPL.

"Saya mahu membeli Manchester United terima kasih," ujar Musk dalam satu ciapan di Twitter.

Manchester United adalah antara kelab bola sepak memiliki paling ramai penyokong di dunia.

Mereka mencipta rekod muncul juara England sebanyak 20 kali dan muncul juara Eropah sebanyak tiga kali.

Kelab itu memiliki modal pasaran AS$2.08 bilion (RM9.28 bilion) berdasarkan pasaran saham yang ditutup pada Selasa.