[VIDEO] Wanita OKU hilang sejak bulan lepas

Azizan menunjukkan gambar Mona Liza.
Azizan menunjukkan gambar Mona Liza.
A
A
A

KUALA PILAH - Mona Liza Lani yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Juasseh Hilir di sini hampir sebulan lalu.

Abang sulongnya, Azizan Lani, 62, yang bimbang dengan keselamatan adiknya yang berumur 58 tahun itu berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada 22 Julai lepas.

"Adik tinggal sendirian di rumah ini manakala saya tinggal di rumah lain dengan ibu mentua, bagaimanapun setiap hari saya akan menjenguknya untuk menghantar makanan selain memastikan dia makan ubat mencegah sawan sebelum pulang semula pada lewat petang ataupun malam.

"Keesokan harinya iaitu pada 23 Julai, sebaik tiba di rumah adik pada jam kira-kira 7 pagi mendapati dia sudah tiada," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Rabu.

Azizan berkata, dia mencari adiknya di sekitar kawasan rumah dan kampung, namun adiknya itu gagal ditemui.

"Laporan polis telah pun dibuat pada hari sama dan kehilangannya bukan kejadian pertama sebaliknya sudah beberapa kali tetapi kali ini agak lama iaitu sudah lebih tiga minggu.

Mona Liza didapati hilang sejak 22 Julai lepas.
Mona Liza didapati hilang sejak 22 Julai lepas.

" Sebelum ini dia hilang seminggu kemudiannya ditemui semula di Lenggeng. Adik dakwa menaiki bas sehingga ke sana," katanya.

Jelasnya, pakaian terakhir adiknya dilihat adalah memakai baju-t berwarna hitam, bertudung hitam dan membawa payung berwarna putih.

" Kami adik-beradik bimbang akan keselamatannya malah sudah mencarinya merata tempat sejak dia dilaporkan hilang tambahan pula dia seorang OKU dan perlu mengambil ubat sepertimana yang disarankan doktor.

" Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya ataupun ternampak Mona Liza diminta melaporkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi saya di talian 012-2197241," katanya.