Mayat warga emas ditemui dalam parit

Anggota bomba mengangkat mayat warga emas yang ditemui dalam parit di Taman Desa, Bukit Gambir, Muar pada Rabu.
Anggota bomba mengangkat mayat warga emas yang ditemui dalam parit di Taman Desa, Bukit Gambir, Muar pada Rabu.
A
A
A

MUAR - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam parit di kawasan Taman Desa, Bukit Gambir di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 7.50 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Warga emas itu ditemukan berada dalam parit. Pihak bomba mengangkat mangsa dan pemeriksaan pasukan perubatan yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis.

"Identiti mayat masih belum dikenal pasti, operasi tersebut tamat pada jam 8.17 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.