Emas Eropah pengubat musim sukar Jacobs

Jacobs meraikan kejayaan menjuarai acara 100m Kejohanan Olahraga Eropah di Munich pada Rabu.
Jacobs meraikan kejayaan menjuarai acara 100m Kejohanan Olahraga Eropah di Munich pada Rabu.
A
A
A

JUARA Olimpik dari Itali, Marcell Jacobs mendapat semula rentaknya selepas pulih daripada kecederaan apabila meraih gelaran juara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Eropah di Munich, Jerman pada Rabu.

Jacobs melalui musim sukar selepas terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia bulan lalu sebelum saingan separuh akhir kerana kecederaan paha.

Bagaimanapun, dia menyerlah dalam acara final dengan catatan 9.95 saat (s).

Juara bertahan, Zharnel Hughes di kedudukan kedua dengan catatan 9.99s di depan rakan senegaranya dari Britain, Jeremiah Azu 10.13.

"Ini adalah musim yang sukar dengan pelbagai masalah, dengan kecederaan dan kaki saya tidak bagus.

Biarpun mengungguli acara pecut itu, Jacobs dilihat berhati-hati dengan langkahnya, namun ia berbaloi apabila mengakhiri perlumbaan dengan kejayaan.

"Secara teknikal saya tidak gembira dengan cara perlumbaan, ada sedikit masalah, tapi saya amat gembira dengan pingat emas ini. Selepas emas Olimpik, kini saya dapat emas Eropah. Saya akan cuba dapatkan emas kejohanan dunia pula.

"Kami akan cuba dalam acara berganti-ganti kerana Itali juga mahu cemerlang dalam acara itu," ujarnya.

Bagi acara 100m wanita pula, pelari pilihan tuan rumah, Gina Lueckenkemper muncul juara.

Pelari Switzerland, Mujinga Kambundji berpeluang memenanginya sehingga Lueckenkemper dan pelari Britain, Daryll Nieta mengejarnya di penghujung saingan.

Pelari Jerman itu yang juga pemenang perak empat tahun lalu dan Kambundji masing-masing mencatat 10.99s tetapi Lueckenkemper hanya sedikit di depan