RRQ Panda johan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019

Kesemua peserta yang menyertai Kejohanan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019.
Kesemua peserta yang menyertai Kejohanan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan RRQ Panda dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac lalu.

Dalam kejohanan e-sukan yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Anggerik, Seksyen 13, RRQ Panda berentap bersama 15 lagi pasukan terbaik yang terpilih ke pusingan akhir.

Unit Komunikasi Media, Pejabat ADUN Kota Anggerik dalam satu kenyataan memberitahu, RRQ Panda yang memperoleh mata keseluruhan berjumlah 158 dan 49 bunuhan turut membawa pulang hadiah kemenangan iaitu tunai RM5,000 daripada wang tunai keseluruhan ditawarkan sebanyak RM15,000.

"Naib juara menjadi milik pasukan MPX dengan perbezaan sembilan mata bunuhan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan The Face Gaming.

"Kedua-dua pasukan itu masing-masing membawa pulang tunai berjumlah RM3,000 dan RM2,000," katanya.

Mohd Najwan (berdiri, tiga kanan) bersama pasukan RRQ Panda yang dinobatkan sebagai johan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019.
Mohd Najwan (berdiri, tiga kanan) bersama pasukan RRQ Panda yang dinobatkan sebagai johan PUBG Mobile Kota Anggerik Cup 2019.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Adun Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan sama, kejohanan e-sukan itu disertai 64 pasukan di peringkat saringan empat kumpulan dengan dua pusingan dimainkan pada peta Erangel dan Mirama.

Di pusingan akhir katanya, 16 pasukan terbaik bermain enam pusingan dengan menggunakan peta yang sama.

"Kejohanan ini merupakan kejohanan PUBG mobile peringkat amatur terbesar di Selangor yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik dengan kerjasama Anak Muda Petaling," katanya.

Para peserta ketika berentap untuk merebut tempat di pusingan akhir.
Para peserta ketika berentap untuk merebut tempat di pusingan akhir.