Sila log masuk terlebih dahulu.

 Isu LCS: Pegawai kanan bakal didakwa esok

15 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 OGOS 2022

Seorang bekas pegawai kanan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd akan didakwa atas pertuduhan pecah amanah berhubung skandal kapal tempur pesisir, esok.

Difahamkan, individu terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan.

Untuk rekod, projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan, dengan kos keseluruhan RM9 bilion bagi tempoh bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa