Pemandu wanita rentung dalam kemalangan

Pemandu wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan. - Foto JPBM
Pemandu wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan. - Foto JPBM
A
A
A

LIMBANG - Seorang pemandu wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Nanga Medamit, dekat sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan polis di tempat kejadian mengenal pasti mangsa, Dorris Serudin, 55, yang memandu kereta jenis Proton Saga manakala pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux cedera.

Komander operasi dari BBP Limbang, Awangku Mohd Hazman Awang Zainal, berkata, setiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga itu terbakar dan kenderaan Hilux terbabas di tepi jalan.

"Selepas pemadaman selesai, pasukan bomba mendapati pemandu kereta Proton Saga rentung di dalam kenderaan itu sebelum mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda itu yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital oleh orang ramai untuk menerima rawatan. - Bernama