Polis Israel tembak mati seorang rakyat Palestin di Baitulmaqdis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
BAITULMAQDIS (Palestin) - Seorang lelaki Palestin mati ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Pejabat Gabenor Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin dalam satu kenyataan, mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.

Lelaki itu dipercayai ditembak dari jarak dekat selepas pegawai polis Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya, menurut kenyataan itu.

Polis Israel telah mengambil jasad Hasham tetapi tiada butiran lanjut diberikan.

Sementara itu, polis Israel mendakwa rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.

Polis Israel melancarkan operasi mengesan di bandar Kafr Aqab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata. - Bernama