MAHA 2022 diharap jadi platform golongan muda ceburi pertanian

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menandatangani plak digital pada Majlis Penutup sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), pada Ahad. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang melabuhkan tirai semalam, diharap menjadi platfrorm untuk golongan muda menceburi bidang pertanian.

Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Kamal Badrin Hassan berkata, masyarakat perlu meneroka bidang itu bagi membantu dalam proses pengeluaran makanan dalam negara dan memenuhi keperluan rakyat.

"Kita berharap lebih ramai individu muda dan syarikat akan venture dalam bidang pertanian dan keluarkan makanan bagi keperluan negara kita sendiri. Kita tidak perlu bergantung kepada import,” katanya kepada Bernama.

"...sebab mungkin satu hari nanti apabila banyak musibah berlaku di seluruh dunia, negara lain tidak mahu eksport makanan kepada kita, pada masa itu, kita akan berada dalam keadaan yang sangat kritikal,” tambahnya.