MAHA 2022 terima sambutan luar biasa

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menandatangani plak digital pada majlis penutup sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS pada Ahad. - Foto Bernama.

A
A
A

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang menutup tirai pada Ahad, mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran melebihi 1.4 juta pengunjung dan nilai jualan melangkau RM260 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, MAHA kali ini adalah yang terbesar dari segi jumlah pengunjung mahupun nilai jualan, selepas kali terakhir dianjurkan empat tahun lepas dan sepatutnya diadakan pada 2020 namun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

"Jumlah pengunjung MAHA 2022 yang dicatatkan melebihi 1.4 juta iaitu 1.2 juta pengunjung secara fizikal dan 266,000 pengunjung secara maya,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan MAHA 2022 di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Beliau berkata, pameran pertanian itu telah merekodkan nilai jualan keseluruhan tertinggi iaitu RM260 juta merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara.