Menteri Besar Kelantan imamkan solat jenazah mangsa lemas di Mesir

Ahmad (hadapan) mengimamkan solat jenazah pelajar Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus yang mati lemas di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir.
Ahmad (hadapan) mengimamkan solat jenazah pelajar Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus yang mati lemas di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah terhadap pelajar Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus Ab Rais yang mati lemas di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir.

Perkara tersebut dikongsi oleh Ahmad menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik beliau pada jam 11.20 malam Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu meluangkan masa bertemu ahli keluarga mangsa.

Ahmad (kanan) meluangkan masa bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang baru tiba di sana.
Ahmad (kanan) meluangkan masa bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang baru tiba di sana.

Pelajar berusia 25 tahun jurusan Syariah itu dikatakan pergi berkelah bersama 10 rakan lain di sebuah sungai pada Jumaat tetapi ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu.

Kejadian itu turut mengorbankan seorang lagi rakannya yang berasal dari Patani, Thailand.