Nekad langgar kereta penjenayah

Polis
Polis
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki bertindak nekad melanggar kereta dinaiki tiga individu yang dipercayai cuba memecah masuk rumahnya dalam kejadian di Pandan Indah di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa melihat sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan ketika melalui hadapan rumahnya.

"Mangsa cuba memintas kereta yang dinaiki tiga suspek, namun usahanya gagal apabila mereka berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa kemudiannya pulang ke rumah mendapati besi pintu gril hadapan telah dipotong namun tiada sebarang kehilangan barang di dalam rumah.

"Semakan nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek mendapati ia palsu dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan" katanya.

Artikel Berkaitan: