Himpunan ICERD tidak relevan

Zulqarnain
Zulqarnain
A
A
A

GUA MUSANG - Himpunan ICERD tidak relevan kerana kita sedia maklum bahawa kerajaan dengan jelas menolak isu berkenaan.

Ketua Cabang PKR Gua Musang, Zulqarnain Zakaria berkata, himpunan tersebut seolah-olah memaksa atau mencabar kerajaan untuk melaksanakannya.

"Apa motif himpunan itu? Ia memaksa kerajaan untuk buat atau macam mana?

"Begitu juga dengan cuti peristiwa yang diberikan kerajaan negeri, ia adalah satu perkara tidak wajar hanya semata-semata untuk himpunan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: