Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas pengurus besar Air Kelantan didakwa terima rasuah

14 Ogos 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 OGOS 2022

Seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas dakwaan menerima rasuah RM10,000, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan wang sebanyak RM10,000 daripada Ng Tze Wei melalui cek United Overseas Bank (Malaysia) Bhd bertarikh 21 Januari 2015 yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad milik tertuduh di Maybank Jalan Mahmood, di sini, pada 22 Januari 2015.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan membantu syarikat Zog Technology Sdn Bhd dilantik sebagai sub kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja mereka bentuk, membina, menyiapkan, menguji lari, mentauliahkan kerja-kerja mekanikal dan elektrik serta kerja-kerja berkaitan (reka dan bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II, Pakej Machang, Kelantan.

Artikel penuh

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian