FAMA yakin capai jualan RM7 juta pada MAHA 2022

A
A
A



SERDANG - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) optimis mampu mencapai sasaran jualan secara langsung RM7 juta pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, menerusi enam kluster pameran di bawah agensinya.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali berkata, enam kluster iaitu AgroTrade, Empayar Makanan, Food Truck, Agro Bazaar, Castle of Fruit dan AgroBazar Online menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jumlah kutipan jualan setakat Jumaat RM5.9 juta.

“Sasaran FAMA adalah RM7 juta untuk jualan langsung melibatkan semua kluster yang dinyatakan, tidak termasuk padanan perniagaan. Sehingga semalam (Khamis) kita telah mencapai 84 peratus atau RM5.9 juta dari sasaran asal yang ditetapkan.