Amaran ribut petir di lapan negeri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri sehingga jam 6 petang, Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2.50 petang memaklumkan lapan negeri berkenaan ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur.

Di Perak kawasan yang terlibat ialah Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Di Selangor pula membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan membabitkan Jelebu dan Seremban.

Kawasan di Sabah ialah di pedalaman (Beaufort dan Tambunan), pantai barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) kawasan Betong bagi Sarawak manakala Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru bagi Johor.