Tangani isu anak luar negara secara holistik

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meneliti secara holistik isu berkaitan hak wanita khususnya ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara.

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ajaran Islam juga memberikan hak kepada wanita dan mereka boleh bersuara menuntut haknya dalam perkara-perkara yang wajar serta munasabah.

"Saya bawakan hadis Ummu Hani yang memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau memberi perlindungan kepada dua orang iparnya dari kalangan orang-orang kafir ketika pembukaan kota Mekah.

"Ini isyarat besar daripada Rasulullah SAW sendiri betapa suara wanita perlu didengari dan diberi perhatian serius," katanya dalam laman Twitternya pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keluhan ibu yang sedang berjuang untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Pada 5 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Zulkifli yang turut menyertai perbahasan usul berkaitan isu kewarganegaraan itu di Dewan Negara pada Khamis berkata, negara berpotensi kehilangan modal insan yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara jika isu tersebut berterusan.

"Malaysia adalah salah satu daripada 28 buah negara dunia yang masih mengekalkan hak bapa sahaja untuk memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa yang sama, isu-isu lain atau 'loop hole' yang terkait dalam hal ini wajar juga dibincangkan. Antaranya adalah berkenaan pendaftaran pernikahan dan kelahiran anak yang menjadi halangan atas faktor Perlembagaan," katanya.