Mayat wanita tanpa identiti ditemui reput dalam pondok

Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui dalam keadaan reput di pondok usang di belakang sebuah stesen minyak di Kampung Tebobon pada Khamis.
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui dalam keadaan reput di pondok usang di belakang sebuah stesen minyak di Kampung Tebobon pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui dalam keadaan reput di pondok usang di belakang sebuah stesen minyak di Kampung Tebobon, Jalan Tuaran, Manggatal di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat wanita yang dianggarkan berumur lingkungan 50-an itu ditemukan pada jam 10.15 pagi dalam keadaan terbaring.

Menurutnya, ketika ditemui mayat wanita itu dalam keadaan mereput di bahagian tangan, kepala dan kaki manakala perut mulai kembung.

"Berdasarkan keadaan mayat, kematian dipercayai berlaku melebihi tiga hari dan polis percaya pondok usang berkenaan dijadikan sebagai tempat tinggal wanita itu sebelum dia ditemukan mati.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian tiada sebarang unsur perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Katanya, hasil temu bual dengan penduduk mendakwa tidak mengenali mangsa dan siasatan diteruskan bagi mengetahui identiti dan keluarga mangsa.