[VIDEO] Nurul Izzah ketuai PKR di Pulau Pinang, Kedah, Perlis

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan bersama ketua cabang di negeri tersebut.

“Ini untuk menyediakan satu gerakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dalam sidang media selepas pertemuan tersebut, pada Khamis.

Beliau berkata, untuk negeri di Semenanjung, tugas untuk menentukan jentera PRU parti ditetapkan untuk diberi kepada timbalan dan naib presiden.

Katanya, untuk Sabah dan Sarawak pula akan diputuskan sendiri oleh ketua cabang di negeri berkenaan.

“Kesemua negeri sudah diputuskan melainkan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tambah Anwa, pelantikan yang dilakukan di setiap negeri boleh dikaji semula selepas PRU diadakan.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU akan datang, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pimpinan negeri telah diminta menyegerakan rundingan dan membuat keputusan selepas persidangan Majlis PH pada minggu depan.

Artikel Berkaitan: