Bekalan air di Kuantan pulih 50 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan kerja- kerja pembaikan air valve dan line pump di Rumah Pam Kobat Lama di sini, mencapai 50 peratus setakat jam 10 pagi, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, bagaimanapun bagi kawasan tinggi dan jauh dari loji akan mengambil masa serta pemulihan bekalan air secara berperingkat.

“Bekala air dijangka pulih sepenuhnya selepas 24 jam hingga 48 jam dari masa kerja siap.

“Bagaimanapun, Paip akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas,” katanya dalam, pada Khamis.

Beliau berharap pengguna yang menerima bekalan air menggunakannya secara berhemat dan memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Dalam pada itu, beberapa kawasan masih belum pulih antaranya seluruh kawasan Beserah sehingga sempadan Chendor.

“Ia termasuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Kampung

Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage dan Jabor.

“Kawasan lain terjejas iaitu Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan, Kampung Alor Batu, dan Batu Hitam,” katanya.