Produk eksklusif Treasure di gedung emart24 seluruh negara

Antara menu yang disediakan di gedung emart24 di seluruh negara.
Antara menu yang disediakan di gedung emart24 di seluruh negara.
A
A
A

PEMINAT kumpulan K-pop Treasure kini boleh mendapatkan produk eksklusif Treasure di gedung emart24 di seluruh negara.

Rangkaian produk Treasure x emart24 ialah usaha sama antara dua syarikat Korea Selatan yang terkenal dengan rantaian kedai serbaneka emart24 dan YG Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan terbesar di Korea Selatan.

Di Malaysia, Treasure Makers (nama panggilan bagi peminat kumpulan jejaka k-pop ini) boleh mendapatkan produk Treasure x emart24 apabila beberapa produk awal tiba di kedai-kedai emart24 Malaysia pada hujung minggu lepas.

Produk jenama Treasure yang eksklusif akan dilancarkan secara berperingkat bermula 7 Ogos 2022 hingga Jun 2023 sempena perayaan ulang tahun pertama pembukaan emart24 di Malaysia.

Vuitton Pang
Vuitton Pang

Ketua Pegawai Eksekutif francais emart24 Malaysia, Vuitton Pang berkata, kempen itu telah dimulakan di Korea Selatan pada Februari 2022.

Menurutnya, emart24 merupakan jenama kedai serbaneka Korea pertama untuk berganding bahu dengan Treasure di Malaysia dan berharap pelanggan mereka di sini akan menikmati pengalaman Treasure x emart24 yang tersendiri.

“Malaysia ialah negara pertama yang menjadi tumpuan emart24 meluaskan perniagaan di luar Korea Selatan dan kami telah membuka lebih daripada 20 kedai di seluruh Lembah Klang pada tahun pertama.

“Kami merancang untuk membina rangkaian sekurang-kurangnya 40 kedai menjelang akhir 2022 dan 300 kedai dalam tempoh lima tahun akan datang. emart24 ialah jenama kedai serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan tersebut di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, banyak peluang kerjasama dan mereka bercadang untuk meneroka peluang itu dengan jenama tempatan dan perniagaan lain pada masa mendatang.

“Kami akan terus memperkenalkan makanan halal dijual di kaunter yang menambat selera rakyat Malaysia dan berharap untuk berkongsi berita dan produk lebih menarik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kerjasama Treasure dengan emart24 di Korea Selatan menyaksikan produk edisi terhadnya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat kumpulan ini, sekali gus menjadikan beberapa produk dalam rangkaian tersebut bahan koleksi.

Makanan segar yang dijual di emart24 dihasilkan di dalam negara di bawah kawalan kualiti ketat sementara snek dan pek minuman Treasure x emart24 akan diimport khas untuk kempen ini.

Kedai serbaneka emart24 pertama Malaysia telah dibuka di The Horizon di Bangsar South, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2021 dan merupakan Reserve Store atau kedai dilengkapi kafe yang menawarkan makanan jalanan kegemaran ramai, snek eksklusif dan produk kecantikan Korea.

Kini terdapat 24 kedai di seluruh Lembah Klang termasuk Desa Sri Hartamas, Bandar Sunway, Mid Valley Megamall, Mitsui Shopping Park LaLaport, dan Tamarind Square Cyberjaya.

Produk emart24 yang dijual termasuk item label persendirian yang diimport dari Korea Selatan, termasuk No Brand, Minsaeng dan I’m e.

Pilihan makanan di gedung emart24 Malaysia termasuk snek sedia dimakan seperti gimbap serta sajian segera panas seperti cupbap, cupdak dan cupmyeon,