MR D.I.Y. raikan kejayaan 1,000 cawangan dengan tawaran hebat

MR D.I.Y juga menawarkan pelitup muka perubatan pada hanya RM8 untuk satu kotak yang mengandungi 50 keping bersempena Sambutan 1000 Cawangan.
MR D.I.Y juga menawarkan pelitup muka perubatan pada hanya RM8 untuk satu kotak yang mengandungi 50 keping bersempena Sambutan 1000 Cawangan.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (Kumpulan MR D.I.Y.) menawarkan tawaran hebat buat rakyat negara ini untuk rangkaian luas produk bagi tiga jenamanya sempena kejayaannya mempunyai 1,000 cawangan di seluruh negara.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, bersempena sambutan atas pencapaian hebat ini, peruncit menawarkan diskaun sehingga 40 peratus ke atas lebih daripada 60 produk di MR. D.I.Y. dan tawaran hebat untuk permainan serta barangan makanan dan minuman (F & B) di cawangan-cawangan MR. DOLLAR dan MR. TOY dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022.

Alex Goh
Alex Goh

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memastikan rakyat Malaysia kekal selamat, MR D.I.Y juga menawarkan pelitup muka perubatan pada hanya RM8 untuk satu kotak yang mengandungi 50 keping bersempena Sambutan 1000 Cawangan, di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY di seluruh negara.

“Ini merupakan hari yang amat bermakna dan membanggakan untuk MR D.I.Y. Cawangan pertama kami telah dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 2005, dan kami tidak pernah menyangka akan dapat membuka 1,000 cawangan di seluruh negara, memenuhi janji “Always Low Prices” dengan jenama - MR. D.I.Y., MR. DOLLAR and MR. TOY. kami kepada para pelanggan.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa dedikasi 13,000 kakitangan di seluruh negara, hubungan yang kukuh dengan semua rakan kongsi perniagaan dan sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bagi; kami berjaya kerana anda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perjalanan Kumpulan MR D.I.Y. untuk menjadi ikon peruncitan di Malaysia bermula 17 tahun lalu dengan pembukaan sebuah kedai perkakas tradisional di kawasan membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur.

“Sejak itu, komitmen kedai tersebut untuk menyampaikan nilai dan kualiti menjadikannya pilihan yang popular dalam kalangan pelanggan, seterusnya menyumbang kepada perkembangan yang stabil dari segi jumlah cawangan dan rangkaian produk yang ditawarkannya,” katanya.

Goh berkata, kini pada tahun 2022, peruncit tersebut menawarkan lebih daripada 18,000 jenis produk di cawangan-cawangannya dan di platform e-dagang dalam talian.

“Ia juga telah memperkembangkan rangkaian jenama-jenamanya yang merangkumi MR. D.I.Y, MR. DOLLAR dan MR. TOY kesemuanya dengan matlamat untuk mewujudkan perbezaan dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan memastikan mereka mempunyai akses yang mudah kepada barangan keperluan harian,” katanya.

Tambahnya, MR D.I.Y akan terus mendekati lebih ramai rakyat Malaysia sesuai dengan perancangannya untuk membuka 180 cawangan lagi pada tahun 2022.

Selain mencatatkan pencapaian hebat dengan cawangan ke-1000, Kumpulan MR D.I.Y. juga telah meraih pelbagai pengiktirafan sepanjang perjalanannya selama 17 tahun, termasuklah disenaraikan dalam FTSE4Good Index, diiktiraf sebagai Brand of the Year di Malaysia selama empat tahun berturut-turut, Frost & Sullivan Best Practices Award 2020 & 2021 - Malaysia Home Improvement Retail - Company of the Year Award, Deloitte Malaysia Best Managed Companies Awards 2021 dan Putra Brand Awards 2021 dalam Kategori Runcit- Anugerah Emas.