The Risers berusaha semarakkan komuniti sekolah Malaysia

A
A
A

The Risers merupakan komuniti yang diwujudkan oleh Taylor's College dengan misi untuk membina persekitaran pemikiran pemimpin dan pelajar sekolah
The Risers merupakan komuniti yang diwujudkan oleh Taylor's College dengan misi untuk membina persekitaran pemikiran pemimpin dan pelajar sekolah

Taylor’s College, melalui penglibatan komuniti dan cabang pembangunan belianya, The Risers, baru-baru ini telah memulakan inisiatif baharu dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL) untuk memacu inisiatif jangkauan komuniti mereka.

The Risers merupakan komuniti yang diwujudkan oleh Taylor's College dengan misi untuk membina persekitaran pemikiran dan tindakan sedar, serta memberi peluang kepada pelajar dan pemimpin sekolah untuk membangunkan kemahiran kepimpinan yang boleh diterapkan dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

The Risers, yang juga termasuk aplikasi mudah alih dan portal, berfungsi sebagai platform untuk melibatkan (ENGAGE) perhubungan antara institusi Taylor’s College dengan pemimpin dan pelajar sekolah mengeah di seluruh negara, melengkapkan (EQUIP) mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di sekolah dan dalam masyarakat, dan memperkasakan (EMPOWER) mereka untuk mengatur laluan mereka sendiri dalam kehidupan sambil berbakti kembali kepada komuniti setempat.

Josephine Tan
Josephine Tan

Menurut Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan, pada awalnya Taylor’s College mereka konsep The Risers dengan visi untuk menyediakan platform di mana para pelajar dan pemimpin sekolah dapat membincangkan serta menangani isu-isu sosial yang mempengaruhi mereka.

Katanya, di samping itu juga mereka boleh bergabung dan bekerjasama bersama-sama rangkaian rakan sebaya dan individu dari setiap pelusuk di negara serta untuk menyediakan peluang kepada mereka membangunkan kemahiran kepimpinan.

“Kini, kami ingin melanjutkan peluang yang sama untuk seluruh komuniti sekolah termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi terus terlibat dalam usaha untuk melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran insaniah melalui aktiviti-aktiviti jangkauan masyarakat.

“Dengan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penjagaan pastoral kami termasuk usaha The Risers, kami ingin mencipta serta menggalakkan persekitaran pembelajaran positif dalam komuniti sekolah, termasuk memperkasakan masyarakat yang menghargai pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Jelas beliau, melalui pendekatan ‘Engage, Equip and Empower’, program dan inisiatif The Risers akan menumpukan pada pembinaan budaya sekolah, komuniti serta identiti dengan mempromosikan nilai, kemahiran, selain pengetahuan yang positif.

JPWKL akan bekerjasama dengan Taylor’s College dalam mengenal pasti kawasan dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur, di mana Taylor’s College boleh melibatkan diri, melengkapkan dan memperkasakan mereka melalui pelbagai program. Pendekatan itu berbentuk bengkel pendidikan, projek dan inisiatif yang diterajui komuniti, peluang rangkaian dan banyak lagi.

Zainudin
Zainudin

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPWKL, Zainudin Mohamad, berkata, dengan pendidikan sebagai teras pembangunan negara, perkongsian antara kerajaan dan swasta adalah penting untuk memperkayakan kualiti penyampaian pendidikan dan merealisasikan misi pendidikan negara.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Taylor's College untuk mengenal pasti sekolah di sekitar Kuala Lumpur di mana sokongan and keperluan masyarakat boleh dihulurkan kepada mereka.

"Bersama-sama dengan Taylor’s College, kami percaya bahawa ia boleh membantu kami meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di negara ini. Pembelajaran di sekolah, malah di rumah, akan lebih berkesan apabila ia didorong oleh pengajaran yang berkualiti dan suasana pembelajaran yang ceria serta menyokong,” katanya.

The Risers telah melaksanakan beberapa penglibatan komuniti sejak awal tahun 2022.

Bersama rakan kongsi lama, Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP), Taylor’s College telah menganjurkan Youth P.A.C.T, atau lebih terperinci dikenali sebagai Youth Partnership in Action to Change Tomorrow, untuk membolehkan dialog terbuka untuk perbincangan dan wacana intelektual antara institusi pendidikan dan golongan belia Malaysia.

Zanudin (tengah) dan Josephine Tan (dua, kanan) ketika majlis pelancaran The Risers
Zanudin (tengah) dan Josephine Tan (dua, kanan) ketika majlis pelancaran The Risers

Melalui Youth P.A.C.T, Taylor’s College dan MIDP berusaha untuk bekerjasama dengan belia di seluruh Malaysia untuk membawa isu sosial yang melanda masyarakat.

Disamping itu juga ia memberi peluang kepada mereka untuk membina keperibadian dan kemahiran mereka untuk menjadi pemimpin yang bersemangat dan berfikiran ke hadapan.

Pada Mac lalu, Taylor's College bersama-sama JPWKL menerusi program 'Bag to School' memberi bantuan kelengkapan sekolah kepada seramai 1,000 pelajar dan keluarga dari sekolah sekitar Bangsar Pudu, Keramat dan Sentul.

Selain itu, sempena Hari Guru, Taylor's College telah menganugerahkan RM10,000 kepada SMK Kuala Krau, Pahang untuk membantu guru luar biasa, Cikgu Hazeem Azemi, membina studio multimedia mesra OKU pertama di Malaysia.

Cikgu Hazeem telah dinobatkan sebagai pemenang RISE Educator of the Year - kategori di bawah Anugerah Pendidik RISE (RISE Educator Award) yang dilancarkan tahun lepas bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga pendidik luar biasa di Malaysia.

Selain projek kemasyarakatan, Taylor’s College turut melancarkan program tajaan tuisyen bernilai RM1 juta pada awal tahun ini, untuk membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM melalui bengkel SPM yang dikendalikan oleh institusi tersebut.

Penajaan tuisyen itu telah memanfaatkan lebih 500 pelajar yang menerima tuisyen dalam talian secara percuma untuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.

Selain itu mereka juga diberikan kredit tuisyen untuk pelajaran tambahan dalam mata pelajaran pilihan mereka, semuanya berjumlah RM2,000 setiap pelajar.

The Risers telah melaksanakan beberapa penglibatan komuniti sejak awal tahun 2022.
The Risers telah melaksanakan beberapa penglibatan komuniti sejak awal tahun 2022.

Program ini ditubuhkan dengan kerjasama Youth World Development Sdn Bhd – platform tuisyen dalam talian yang melancarkan program MyTuition pada tahun 2020.

Melalui kerjasama ini, pelajar dan pemimpin sekolah juga akan dapat berhubung dengan beberapa guru ternama di Malaysia yang telah bersetuju untuk menyertai inisiatif untuk menyediakan kelas percuma.

Maklumat lanjut mengenai program tajaan tuisyen dan pendaftaran akan datang akan disediakan di aplikasi mudah alih The Risers.

“Usaha kami tidak akan berhenti di sini. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa Taylor's College akan menganjurkan beberapa lagi inisiatif komuniti seperti ini melalui komuniti The Risers dalam beberapa bulan akan datang.

"Kami berharap dapat memupuk lebih banyak kerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui jabatan pendidikan negeri untuk bekerjasama dengan kami dalam menjayakan inisiatif pemerkasaan komuniti ini,” kata Tan.

Dari 15 hingga 21 Ogos, The Risers akan menganjurkan ‘The Risers Race’ – pertandingan dalam talian di mana pelajar boleh menyertai pelbagai aktiviti untuk mendapatkan mata ganjaran dan bersaing untuk memenangi hadiah menarik seperti Playstation 5 baharu, iPad, iWatch dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Risers dan aktiviti-aktiviti menarik anjurannya, muat turun aplikasi The Risers di Gedung Google Play atau Apple App Store hari ini.

Majlis pelancaran The Risers 2.0 diadakan di SMK St. Mary Kuala Lumpur pada bulan Julai lalu.