Ramai remaja guna YouTube, TikTok berbanding Facebook di AS

Ramai golongan remaja AS lebih suka menggunakan TikTok. - Foto AFP
Ramai golongan remaja AS lebih suka menggunakan TikTok. - Foto AFP
A
A
A
SAN FRANCISCO - Golongan remaja Amerika Syarikat (AS) tidak lagi menggunakan Facebook sejak tujuh tahun lalu tetapi lebih suka menghabiskan masa dengan menggunakan platform perkongsian video, YouTube dan TikTok, menurut data tinjauan daripada Pusat Penyelidikan Pew pada Rabu.

Dalam pada itu, YouTube yang dikendalikan Google menonjol sebagai platform paling biasa digunakan oleh remaja, menurut laporan penyelidikan tersebut seperti dilaporkan AFP.

Data itu didedahkan ketika Meta iaitu pemilik Facebook yang sedang bersaing dengan TikTok dan cuba mengekalkan bilangan maksimum penggunanya.

Laporan itu menyatakan kira-kira 95 peratus daripada remaja yang ditinjau berkata mereka menggunakan YouTube.

Jumlah itu adalah tinggi kerana sebanyak 67 peratus yang mengatakan mereka adalah pengguna TikTok.
Artikel Berkaitan:


Facebook telah dilihat sebagai tempat yang menjadi pilihan golongan tua.

Laporan itu dibuat berdasarkan tinjauan terhadap 1,316 remaja di AS yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun dan dilakukan dari pertengahan April hingga awal Mei pada tahun ini, menurut Pusat Penyelidikan Pew. - Agensi