13 maut pertempuran antara petani, penggembala

Petani mendakwa penggembala nomad Arab merosakkan tanaman dan mencetuskan konfrontasi dengan masyarakat tempatan. - Foto Agensi
Petani mendakwa penggembala nomad Arab merosakkan tanaman dan mencetuskan konfrontasi dengan masyarakat tempatan. - Foto Agensi
A
A
A

N'DJAMENA - Sekurang-kurangnya 13 maut dalam pertempuran ganas antara petani dan penggembala di tengah Chad.

Gabenor Wilayah Guera, Sogour Mahamat Galma berkata, pergaduhan tercetus selepas seorang kanak-kanak daripada kumpulan penggembala nomad Arab mencuri cangkul milik seorang petani dalam kejadian di Dyongkol, kira-kira 700 kilometer (km) dari timur ibu kota N'Djamena.

"Pertengkaran memuncak sehingga melibatkan penggunaan senjata menyebabkan 13 maut dan 20 lagi cedera," ujarnya.

Ketegangan antara petani tempatan dan penggembala Arab nomad di Chad berlangsung sejak lama dan ada kalanya meletuskan pertempuran yang mengorbankan nyawa.

Kebanyakan keganasan sering dikaitkan dengan skrip sama iaitu penggembala melintasi sempadan dari Sudan, merosakkan tanaman dan mencetuskan konfrontasi dengan masyarakat tempatan. - AFP