Pekerja kilang maut langgar treler

Mangsa maut di tempat kejadian dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Proton City, Tanjung Malim pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
Mangsa maut di tempat kejadian dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Proton City, Tanjung Malim pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar sebuah treler di Jalan Jelawai Proton City di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.17 petang itu, mangsa, Muhammad Aiman Akmal Sharom, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dan treler tanpa muatan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari sudah kilang hendak ke vendor.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba motosikal mangsa telah keluar simpang lalu terlanggar treler mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Slim River untuk dibedah siasat.

"Tiada tangkapan dilakukan dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

"Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.