Everton bawa masuk Coady

Conor Coady
Conor Coady
A
A
A

PEMAIN pertahanan England, Conor Coady menyertai Everton dari Wolverhampton Wanderers secara pinjaman selama semusim, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Sungguh luar biasa apabila dapat menyertai keluarga Everton. Sebaik sahaja mendengar minat daripada pengurus Frank Lampard dan juga Everton sendiri, saya teruja mahu menjadi sebahagian keluarga Everton dengan segera. Saya meletakkan Everton keutamaan pada tahap tinggi.

"Sejujurnya, saya dibesarkan di sekitar bandar. Saya mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang merupakan komuniti bola sepak Everton

"Saya di sini untuk memberikan segala-galanya untuk kelab ini. Adalah penting saya bekerja keras untuk membantu kelab itu terus maju dan membanggakan orang ramai," kata Coady yang menghabiskan tujuh tahun di Wolves.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Wolves sebagai pemain tengah pada 2015 dari Huddersfield Town.

Coady kemudiannya beralih posisi menjadi pertahanan tengah di bawah bekas pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo dan telah membuat 317 penampilan dalam semua pertandingan bersama kelab itu.

Sementara itu, Pengerusi Wolves, Jeff Shi berkata, "Conor telah menjadi sebahagian daripada kejayaan kami sepanjang lima musim lalu.

"Dedikasinya kepada Wolves pada masa itu bermakna kami memilih untuk tidak menghalang keinginannya bermain di tempat lain, dan dia pergi dengan ucapan terbaik kami."

Untuk rekod, Coady mempunyai 10 kaps bersama England, membuat penampilan sulungnya pada Ogos 2020 dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Denmark.

Coady adalah pengambilan keempat Everton pada jendela perpindahan pemain selepas pemain pertahanan James Tarkowski, bekas rakan sepasukan Wolves, Ruben Vinagre dan penyerang, Dwight McNeil.