Brunei kuatkuasa undang-undang Islam

Banda Aceh adalah antara wilayah yang melaksanakan undang-undang Islam.
Banda Aceh adalah antara wilayah yang melaksanakan undang-undang Islam.
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI DARUSSALAM. Kerajaan Brunei, hari ini memperkenalkan undang-undang Islam baharu termasuk rejam sampai mati ke atas penzina dan pasangan yang melakukan hubungan sejenis.

Kod jenayah tegas di negara kecil yang berada di bawah pemerintah Sultan Hassanal Bolkiah itu akhirnya dikuatkuasakan selepas penangguhan selama beberapa tahun.

Undang-undang termasuk potong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri itu menjadikan Brunei sebagai negara pertama di Asia Tenggara dan Timur yang melaksanakan undang-undang Islam di peringkat kebangsaan menyertai kebanyakan negara Timur Tengah.

Selain itu, kes rogol dan merompak juga bakal dikenakan hukuman mati.

Keputusan untuk melaksanakan hukuman tersebut turut mendapat pelbagai reaksi masyarakat antarabangsa.

Ketika berucap sempena sambutan peristiwa Israk dan Mikraj, Sultan Hassanal Bolkiah turut menggesa ajaran Islam diperkuat.

"Saya mahu melihat ajaran Islam menjadi lebih kuat di negara ini," kata beliau di pusat konvensyen berhampiran Bandar Seri Begawan. - AFP

Artikel Berkaitan: