Sultan Ibrahim kurnia Darjah SIJ kepada Pengarah Bomba Johor

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis.

Menerusi muat naik di laman Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan menerima mengadap Yahaya dan Timbalan Pengarah JBPM Johor, Mohd Rizal Buang di Johor Bahru pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani.

Pada pertemuan itu, Yahaya turut mempersembahkan laporan terkini pemeriksaan bangunan-bangunan Istana termasuk di daerah.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda di atas pengurniaan SIJ. Ini bukan sahaja merupakan satu penghargaan kepada saya, malah buat seluruh JBPM Johor.

“Saya juga amat berharap hubungan rapat antara Istana Johor dan Bomba Johor akan diteruskan oleh Pengarah JBPM Johor yang baharu nanti,” katanya.

Yahaya merupakan anak kelahiran Batu Pahat yang telah berkhidmat selama hampir 36 tahun di dalam JBPM dengan menyandang pelbagai jawatan dan akan bersara wajib pada 14 Ogos 2022.

Beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah JBPM Johor selama tiga tahun dan 10 bulan.