Misteri kapal terbang Boeing 737 di Bali

Sebuah pesawat Boeing 737 yang terletak dekat pantai Pandawa, Bali. - Foto Intagram/wejusttravel
Sebuah pesawat Boeing 737 yang terletak dekat pantai Pandawa, Bali. - Foto Intagram/wejusttravel
A
A
A

DENPASAR - Sebuah kapal terbang Boeing 737 yang terbiar selama bertahun-tahun di tengah-tengah padang di Bali kini menjadi tarikan pelancong yang popular.

Pesawat besar itu terletak di kuari batu kapur berhampiran Lebuh Raya Nusa Dua Selatan, tidak jauh dari pantai Pandawa yang merupakan sebuah pusat pelancongan popular.

Pantai Pandawa terletak di selatan Bali dan terkenal kerana mempunyai pasir yang berwarna putih.

Pesawat itu telah menjadi tarikan pelancong dengan pemandu pelancong mengatakan ia sukar dikesan dan bersebelahan dengan koleksi kontena perkapalan.

Beberapa penduduk Bali menyatakan pesawat tersebut kemungkinan dihantar oleh seorang usahawan yang mahu membuka restoran di dalam kapal terbang itu. - Agensi