Apakah kotak misteri ditemui di luar pantai Australia?

Satu kotak misteri ditemui di Teluk Carpenteria, Australia baru-baru ini. - Foto ABC
Satu kotak misteri ditemui di Teluk Carpenteria, Australia baru-baru ini. - Foto ABC
A
A
A

DARWIN - Sekumpulan nelayan menemui satu bekas keluli misteri yang besar terapung di luar utara pantai Australia baru- baru ini.

Bekas keluli tersebut ditemui di Teluk Carpentaria dan anak- anak kapal berbincang tentang apa yang perlu dilakukan terhadap objek itu.

Ada yang berpendapat adalah terlalu berbahaya meninggalkan bekas keluli tersebut begitu sahaja kerana ia kemungkinan akan dilanggar oleh kapal lain.

"Jika anda tidak memberi perhatian pada waktu malam, kemungkinan besar ia tidak dapat dilihat melalui radar atau dilihat oleh seseorang," kata seorang nelayan dikenali sebagai Tiger Davey kepada stesen penyiaran ABC.

Seorang anak kapal kemudian terjun ke dalam laut untuk memeriksa objek itu tetapi ia tidak dapat membukanya.

Davey berkata, bekas keluli itu kemungkinan tempat penyimpanan barang dan ia kemungkinan terjatuh ke dalam laut.

Anak-anak kapal nelayan itu tidak dapat menunda objek itu kembali ke pantai,.

Ini menyebabkan mereka mengikatkan boya penanda padanya supaya ia boleh dilihat oleh kapal-kapal lain.

Davey berkata, objek itu mungkin datang dari kapal lain kerana Teluk Carpenteria merupakan laluan perkapalan utama.

Dalam pada itu, pihak Keselamatan Maritim telah mengeluarkan amaran keselamatan tentang objek berkenaan selepas ia dikesan di teluk tersebut. - Agensi