Gula-gula bergelatin babi tular semula

Gula-gula White Rabbit yang dijual di sebuah pasar raya di Shah Alam baru-baru ini
Gula-gula White Rabbit yang dijual di sebuah pasar raya di Shah Alam baru-baru ini
A
A
A

SHAH ALAM - Gula-gula White Rabbit yang telah disahkan mempunyai gelatin yang tidak halal sebelum ini kembali tular apabila ia didapati dijual di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Pasar raya berkenaan menjual gula-gula tersebut bersama snek lain namun meletakkan tanda ‘tidak halal’ sebagai peringatan kepada pelanggan Muslim.

Pada 2019, isu status halal produk gula-gula White Rabbit itu pernah tular selepas Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula terbabit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya.

Berdasarkan laporan TV Al-Hijrah pada 2019, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa status gula-gula tersebut terbukti tidak halal menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, ujian itu mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

Jelasnya, beliau menasihatkan pengguna khususnya beragama Islam memastikan tanda halal sebelum membeli apa jua produk.