Henti sementara pengambilan pekerja asing

Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan dihentikan buat sementara waktu untuk tempoh mulai 15 hingga 31 Ogos. - Gambar hiasan.
Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan dihentikan buat sementara waktu untuk tempoh mulai 15 hingga 31 Ogos. - Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Permohonan pengambilan pekerja warga asing akan dihentikan buat sementara waktu untuk tempoh mulai 15 hingga 31 Ogos.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan langkah itu dibuat bagi membolehkan semakan ke atas tatacara permohonan pekerja warga asing susulan pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 September.

Menurut kementerian itu, tatacara baharu permohonan pengambilan pekerja warga asing mulai 1 September akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Semua permohonan yang dikemukakan oleh majikan sebelum atau pada 14 Ogos akan diproses dan diselesaikan sebelum atau pada 31 Ogos," katanya.