Sultan Selangor berkenan rasmi Destar

Sultan Sharafuddin menandatangani plak perasmian Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di Subang Jaya pada Khamis.
Sultan Sharafuddin menandatangani plak perasmian Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di Subang Jaya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di Subang Jaya pada Khamis.

Ketibaan baginda turut diiringi, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Royal Selangor Office dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin turut tertarik dengan persembahan muzikal di majlis perasmian itu.

"Persembahan muzikal terdiri daripada kanak-kanak dan remaja daripada Selangor Symphony Youth Orchestra (SSYO) yang berusia antara 10 hingga 26 tahun," menurut hantaran itu pada Jumaat.

Yang Dipertua Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (Ractar), Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkata, pendapatan diperoleh daripada dewan itu akan disalur sepenuhnya kepada pertubuhan berkenaan dan rumah kebajikan lain.

Destar berkeluasan lebih 5,000 kaki persegi dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Ractar.