Hendrawan sentiasa ambil peduli, tawar bantuan kepada sesiapa

Hendrawan menerima pujian ramai apabila bertindak memberikan kasutnya Ricketts.
Hendrawan menerima pujian ramai apabila bertindak memberikan kasutnya Ricketts.
A
A
A

TINDAKAN jurulatih badminton negara, Hendrawan memberi kasutnya kepada pemain perseorangan lelaki Jamaica, Samuel Ricketts, semasa aksi Sukan Komanwel Birmingham 2022 mendapat pujian Datuk Lee Chong Wei.

Malah tanpa berselindung bekas jaguh perseorangan badminton negara itu menyifatkan pengendali berusia 50 tahun berkenaan individu berhati mulia dan sentiasa mengambil peduli dengan keadaan orang di sekelilingnya.

“Sentiasa merupakan lelaki peramah paling baik dan tidak pernah segan menawarkan bantuan kepada sesiapa walaupun seseorang yang baharu kepadanya...

“Tuan-tuan dan puan-puan, itulah Hendrawan... kawan, mentor saya dan bekas juara dunia,” tulis Chong Wei di media sosialnya.

Bekas juara Kejohanan Dunia 2001 itu sebelum ini mendapat perhatian dalam kalangan netizen apabila tindakannya memberi kasut dipakainya kepada Ricketts, yang terkoyak ketika saingan Kumpulan D acara berpasukan di Pusat Pameran Nasional, Birmingham baru-baru ini disifatkan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.