Wanita Orang Asli diserang gajah liar

Wanita yang parah diserang gajah liar dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan RPS Kemar. - Foto ihsan pembaca
Wanita yang parah diserang gajah liar dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan RPS Kemar. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

GERIK - Seorang wanita Orang Asli parah selepas diserang gajah liar di Kampung Katong, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang, wanita berusia 30 tahun itu dikatakan tidak menyedari kehadiran mamalia terbabit ketika dia sedang mencari durian di belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, jarak lokasi kejadian dengan rumahnya terletak kira-kira 20 meter.

"Mangsa diserang dan ditendang seekor gajah hingga mengalami patah tangan kanan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut.

"Mangsa telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan RPS Kemar sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik," katanya di sini pada Isnin.

Menurutnya, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.