Penganggur ditahan miliki pistol, peluru

Gambar hiasan. - Foto kecil: Zaidy
Gambar hiasan. - Foto kecil: Zaidy
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur ditahan selepas didapati memiliki senjata api ketika pemeriksaan dilakukan polis di tepi bangunan kedai di Taman Ria Jaya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kiar-kira jam 4.30 petang selepas didapati dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang melakukan intipan di kawasan itu.

Beliau memaklumkan, lelaki berkenaan juga cuba melarikan diri apabila seorang anggota polis pergi ke arah suspek sebelum dia berjaya ditahan tidak lama kemudian.

"Hasil pemeriksaan tubuh badan lelaki membawa kepada penemuan satu pucuk pistol jenis Colts-Pt.F.A (Spec.38 Special Ctg.) berwarna hitam buatan Amerika Syarikat selain tiga butir peluru dan tiga kelongsong peluru

"Susulan itu, polis menahan suspek dan merampas barang kes untuk dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek didapati memiliki 14 rekod lampau termasuklah berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis MOP.

Beliau memaklumkan, lelaki itu kini direman selama lima hari bermula Ahad hingga 4 Ogos depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu memiliki pistol tanpa lesen.