Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Kes tiga sekeluarga yang maut selepas rumah mereka terbakar pagi semalam diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
Kes tiga sekeluarga yang maut selepas rumah mereka terbakar pagi semalam diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
A
A
A

LANGKAWI - Kes tiga sekeluarga yang maut selepas rumah mereka terbakar pagi semalam diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini, tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada ketiga-tiga mayat itu.

"Pakar Patologi mengesahkan tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada ketiga-tiga mayat. Punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan lemas dan terbakar akibat kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut dalam kebakaran

"Beberapa spesimen dalam badan tiga sekeluarga itu diambil oleh doktor untuk ujian makmal. Polis masih meneruskan siasatan dibawah SDR," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian pagi semalam, mayat Mohd Nahar Shuhaimi, 39, ditemukan rentung 100 peratus di ruang tamu di sebuah rumah di Pangkalan Jeti Nelayan Sungai Tepa, dekat Bukit Malut, manakala mayat isterinya Noor Suhaila Hamat, 41, serta anak bongsu mereka Muhammad Nawfal, enam tahun ditemui di bahagian bilik air rumah tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: