X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga beranak maut dalam kebakaran

Keadaan rumah mangsa yang terbakar hampir 70 peratus. - Foto JBPM Kedah
A
A

LANGKAWI - Tiga beranak termasuk kanak-kanak maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Bukit Malut, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 7.00 pagi itu, seorang mangsa rentung manakala dua lagi meninggal dunia di dalam bilik air rumah terbabit.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Fadzlullah Mohd Noor berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Mohd Nahar Suhaimi, 39, manakala isterinya, Norsuhaila Ahmad, 41, dan anak pasangan itu, Mohd Naufal, 6, dipercayai maut akibat terhidu asap tebal.

Anggota bomba sedang menjalankan siasatan kebakaran yang meragut tiga nyawa.
Anggota bomba sedang menjalankan siasatan kebakaran yang meragut tiga nyawa.

“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian, rumah kampung setingkat kelas A telah terbakar 70 peratus. Menurut maklumat awal jiran, semua penghuni tiada di rumah. Namun setelah pemeriksaan dilakukan kita menemui tiga mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang rentung ditemui di ruang tamu, manakala dua mangsa lagi di dalam bilik air.

“Kita menerima panggilan sekitar 7.03 pagi dan api berjaya dikawal pada 7.20 pagi. Punca dan kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Bahagian dalam rumah yang musnah dijilat api.
Bahagian dalam rumah yang musnah dijilat api.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf