Sultan Ibrahim ucap tahniah kepada Mohd Aniq Kasdan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melahirkan rasa bangga serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Aniq yang berjaya menyumbang pingat emas pertama bagi kontinjen negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022, pada Sabtu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Ahad melahirkan rasa bangga serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama bagi kontinjen negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022, pada Sabtu.

Atlet angkat berat negara yang berasal dari Segamat, Johor, berjaya meraih tempat pertama bagi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg selepas berjaya melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Mohd Aniq, 20, turut berjaya mencatatkan rekod baharu Sukan Komanwel.

"Anda menjadi kebanggaan kami semua. Semoga terus berusaha mencapai kejayaan,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda, di sini. - Bernama