MPKL, Google Malaysia kutip 137kg sampah di Pantai Kelanang

Kakitangan Google Malaysia dan MPKL berjaya mengutip 137 kg sampah di Pantai Kelanang.
Kakitangan Google Malaysia dan MPKL berjaya mengutip 137 kg sampah di Pantai Kelanang.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama syarikat Google Malaysia Sdn Bhd berjaya mengutip sebanyak 137 kilogram (kg) sampah di Pantai Kelanang, di sini pada Sabtu.

MPKL menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan sampah-sampah yang dikutip di pantai tersebut terdiri daripada botol-botol minuman, plastik, kain dan lain-lain.

Menurut hantaran tersebut, seramai 30 kakitangan Google Malaysia terlibat dalam Program Pembersihan Pantai Kelanang oleh Google Malaysia Sdn Bhd yang diadakan di sini.

"Seramai 30 orang kakitangan Syarikat Google Malaysia diketuai oleh penyelaras program, Izuan Izham mengadakan program pembersihan Pantai Kelanang pada Sabtu.

"Pada program kali ini, kakitangan Google Malaysia Sdn Bhd bersama-sama ahli keluarga masing-masing turut serta dalam aktiviti ini dan berjaya mengumpulkan sebanyak 137 kg sampah botol-botol minuman, plastik, kain dan lain-lain.

"MPKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada Google Malaysia Sdn Bhd," katanya.