'Si Tanggang' tumbuk muka mak

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

KEMAMAN - Ibarat si Tanggang yang menderhaka terhadap ibunya, itulah juga yang berlaku terhadap seorang ibu apabila mukanya ditumbuk oleh anaknya sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam, Sabtu lalu apabila ibu malang yang berusia 64 tahun berkenaan turut dipukul di badan menyebabkan mangsa terpaksa menahan kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku di rumah mereka di Air Jernih, di sini apabila warga emas itu pada mulanya cuba menenangkan suspek yang berusia 39 tahun yang secara tiba-tiba naik angin.

"Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah sekadar mahu tenangkan anaknya namun suspek semakin agresif hingga sanggup menumbuk muka dan badan mangsa.

"Mangsa yang tidak tahan menanggung sakit, nekad membuat laporan polis," katanya.

Mohd Said berkata, mangsa mengakui anaknya yang juga penagih dadah sering mengamuk sehingga pernah memecahkan barang-barang dalam rumah sebelum ini.

Artikel Berkaitan: