Mayat dalam plastik: Dua lelaki Bangladesh ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki Bangladesh ditahan susulan penemuan mayat di dalam plastik hitam di tepi sebuah kedai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata kedua-dua mereka yang berumur sekitar 30-an ditahan di sekitar Serdang hari ini. dan direman sehingga Isnin.

Beliau berkata hasil bedah siasat awal mendapati jasad yang ditemui dalam plastik itu adalah mayat seorang lelaki warga asing itu dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lepas.

"Mayat tanpa pakaian itu diselimuti dengan kain, dan dibungkus dengan plastik 'transparent' serta kain hitam. Motif kejadian sedang disiasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kesan kecederaan ditemui di bahagian kepala mayat itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Semalam, Ismadi dilaporkan berkata satu mayat orang dewasa ditemui oleh individu yang melakukan kerja-kerja pembersihan di hadapan sekolah itu. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat dalam plastik sampah depan sekolah

Artikel Berkaitan: