Liverpool perlu segera biasakan diri

Bintang Roberto Firmino antara yang diturunkan semasa perlawanan persahabatan Liverpool menentang Salzburg di Red Bull Arena Salzburg.
Bintang Roberto Firmino antara yang diturunkan semasa perlawanan persahabatan Liverpool menentang Salzburg di Red Bull Arena Salzburg.
A
A
A

PEMAIN Liverpool perlu segera membiasakan diri dengan gaya permainan kelab sensasi Merseyside itu selepas tewas 0-1 kepada kelab Bundesliga Austria, RB Salzburg dalam perlawanan persahabatan di Red Bull Arena Salzburg.

Malah pengendali Liverpool, Jurgen Klopp juga menegaskan skuad baharu The Reds perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai standard perlawanan berintensiti tinggi menjelang saingan musim baharu.

“Separuh masa pertama kami melakukan terlalu banyak kesilapan yang berjaya dimanfaatkan sepenuhnya pemain pasukan lawan.

“Kami mempunyai peluang yang baik malah boleh menjaringkan gol sekurang-kurangnya empat atau lima gol.

“Sebaliknya yang berlaku pasukan terlalu terbuka hingga menyaksikan para pemain tidak cukup berhubungan ketika kehilangan bola,” ujarnya.

Anak buah Klopp yang bertandang ke Austria dalam siri jelajah pramusim terpaksa mengalah jaringan Benjamin Sesko pada minit ke-31 sekali gus gol tunggal perlawanan.

Liverpool dijadualkan menyingkap tirai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022-23 berdepan penyandang juara Manchester City dalam perebutan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium King Power pada 31 Julai ini.

Mengakui masih terdapat banyak perkara perlu diperkemaskan menjelang saingan musim baharu, Klopp optimis para pemain senior dan junior The Reds akan segera mempelajari pengalaman di Red Bull Arena Salzburg tersebut.

“Terdapat banyak pengajaran untuk dipelajari dalam kalangan pemain Liverpool sekira melihat dari perspektif lebih besar.

“Namun sejujurnya perlawanan ini tidak hanya mengenai persembahan para pemain Liverpool, tetapi juga beberapa perspektif mengenai cabaran yang diberikan Salzburg.

“Salzburg bermain dengan sangat baik dan kami terikut cara permainan mereka. Dan itulah yang perlu kita pelajari kerana di situ punca kami terlepas gol,” ujarnya.