Negeri Sembilan, Melaka turut tiada elektrik

Beberapa kawasan di Negeri Sembilan turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Beberapa kawasan di Negeri Sembilan turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
A
A
A

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Seremban, Seremban 2, Nilai, Sendayan, Tampin, Lukut dan Jelebu.

Situasi itu dikongsi netizen di media sosial yang turut memaklumkan pasar raya Mydin Seremban 2 dan pasar raya Palm Mall di Seremban turut bergelap.

ARTIKEL BERKIATAN: Gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri

Seorang pengguna Facebook Erma Fiza memberitahu "Negeri Sembilan kini admin dah 1jam 15minit x do elektrik..."

Sementara itu, di Melaka antara kawasan terjejas termasuk Pokok Mangga, Malim dan kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana (IKS) Taman Merdeka, serta Pulau Gadong.