Bergelap sambil makan tengah hari

 Bekalan elektrik di beberapa kawasan telah terputus.
Bekalan elektrik di beberapa kawasan telah terputus.
A
A
A

GEORGETOWN - Kira-kira 30 pelanggan di sebuah kedai makanan Thailand terpaksa menikmati juadah tengah hari dalam keadaan bergelap apabila bekalan elektrik di beberapa kawasan di Bayan Lepas terputus.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang, Rabu.

Difahamkan, turut terkesan beberapa kawasan sekitar antaranya Jalan Mahsuri dan kawasan perumahan serta deretan rumah kedai di Persiaran Mahsuri, Bandar Sunway Tunas.

Akibat daripada kejadian itu juga, beberapa lampu isyarat di kawasan sekitar tidak berfungsi menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya namun tidak serius.