Lotus’s dekati penduduk pulau sempena program Kelantan Dekat Di Hati

A
A
A

Siuew Luan (berdiri, kanan) dan pasukan sukarelawan bergambar bersama keluarga Nurul Aisyah selepas menyampaikan kereta sorong kepada kanak-kanak itu sempena 'Kelantan Dekat Di Hati'.
Siuew Luan (berdiri, kanan) dan pasukan sukarelawan bergambar bersama keluarga Nurul Aisyah selepas menyampaikan kereta sorong kepada kanak-kanak itu sempena 'Kelantan Dekat Di Hati'.



TUMPAT - Program 'Kelantan Dekat Di Hati' anjuran Lotus's Malaysia memberi peluang kepada lebih 600 penduduk Pulau Sri Tanjong, Pulau Beluru dan Pulau Tokang meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan.

Seramai 50 sukarelawan dari Lotus's Malaysia, Lifebuoy Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bergabung menjayakan program berkenaan.

Pemeriksaan kesihatan disediakan oleh pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pemeriksaan kesihatan disediakan oleh pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.



Pengurus Lotus's Kota Bharu, Koh Siuew Luan berkata, penduduk pulau berkenaan diberi penerangan mengenai kaedah menjadi pengguna bijak, cara pemakanan sihat, tutorial kebersihan bersama kanak-kanak dan pemeriksaan kesihatan percuma.

"Hubungan baik bersama penduduk antara faktor Lotus's memilih pulau-pulau berkenaan untuk penganjuran program.

Siuew Luan (kiri) bertanya khabar ibu Iman Fayadh, Wan Nor Suriyani Wan Yahya, 33, mengenai kesihatan kanak-kanak itu ketika lawatan pada Jumaat.
Siuew Luan (kiri) bertanya khabar ibu Iman Fayadh, Wan Nor Suriyani Wan Yahya, 33, mengenai kesihatan kanak-kanak itu ketika lawatan pada Jumaat.

"Penduduk berkenaan jauh dari pulau utama selain sukar keluar ke bandar untuk mendapatkan keperluan serta pendidikan mengenai kesihatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program berkenaan Jumaat lalu.



Siuew Luan (kiri) bersama Thinesh dan Hanim melihat barangan runcit yang diagihkan kepada penduduk  bagi program 'Kelantan Dekat Di Hati'.
Siuew Luan (kiri) bersama Thinesh dan Hanim melihat barangan runcit yang diagihkan kepada penduduk  bagi program 'Kelantan Dekat Di Hati'.



Hadir sama, Pengarah Stor Lotus's (Kawasan Sentral), Thinesh Subramaniam; Pengurus Lotus's Kota Bharu dan Ketua Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Hanim Hamdan.

Siuew Luan memberitahu, program kali ketiga di Pulau Sri Tanjong itu diharap dapat membantu penduduk mengurangkan beban kewangan melalui pek penjagaan diri dan barangan runcit bernilai RM100.

ZAMRI
ZAMRI



Sementara itu, seorang penerima, Zamri Jusoh, 33, berkata, usaha Lotus's itu dapat memberi peluang kepada penduduk berkumpul bersama masyarakat setempat dalam satu program berbentuk pendidikan am.

Zamri juga bersyukur kerana anaknya, Iman Fayadh turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Sebahagian penduduk menerima sumbangan barangan runcit daripada Lotus's.
Sebahagian penduduk menerima sumbangan barangan runcit daripada Lotus's.



Kanak-kanak berusia dua tahun setengah itu masih dalam pemantauan dan rawatan doktor kerana terlalu aktif dan boleh mencederakan diri sendiri.

Pada program sama, Lotus's turut menyampaikan sumbangan kereta sorong kepada kanak-kanak cerebral palsy berusia tujuh tahun, Nurul Aisyah Mohd Noor.