31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan hingga Jun 2022

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan sejak tahun 2021 hingga 30 Jun lepas, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African Scam/ Love Scam, Macau Scam, pelaburan, Business Email Compromise dan Tipu SMS.

"Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi-institusi kewangan telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti yang merangkumi kegiatan pemantauan, siasatan dan pendakwaan di mahkamah.

"Selain itu usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan turut dilipatgandakan menerusi siri taklimat kesedaran secara dalam talian serta program orang ramai, menggunakan saluran media dan juga laman media sosial,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.